Pernah tak anda taip prompt panjang tapi hasilnya terlalu “AI sangat” atau jawapan tak menepati requirement yang anda nak? Ramai pengguna ChatGPT alami benda sama. Bukannya ChatGPT tak pandai, tapi cara kita bagi arahan prompt tidak jelas dan ChatGPT tidak faham apa anda nak tanya.
Sebenarnya, kalau tahu struktur dan gaya yang betul, ChatGPT boleh bagi jawapan yang lebih powerfull, detail, bunyi manusia betul-betul, bukan jawapan macam robot. Jadi dalam artikel ni, kita akan tengok 7 method mudah faham yang boleh buat hasil jawapn ChatGPT anda jauh lebih baik dari sebelum ini.
1. Guna Struktur 4 Komponen (Asas Prompt Power)
Formula:
[Peranan] + [Tugas] + [Gaya / Nada] + [Kekangan / Format]
Contoh:
“Sebagai AI Marketing Strategist, tulis 5 idea video TikTok gaya santai, panjang bawah 15 saat, untuk promosi kelas ChatGPT Mastery.”
✅ Peranan: AI Marketing Strategist
✅ Tugas: Tulis idea video
✅ Gaya: Santai
✅ Kekangan: Durasi bawah 15 saat
➡️ Bila empat point ini lengkap, ChatGPT boleh terus faham konteks dan hasilkan jawapan lebih fokus kepada apa anda nak tau.
2. Gunakan “Precision Prompt” (Arahan Spesifik)
Prompt generic = hasil tak clear / Prompt spesifik = hasil jawapan lebih focus.
Contoh:
❌ “Tolong buat ayat jualan.”
✅ “Tulis ayat jualan pendek (maks 30 perkataan) guna power words, nada yakin, untuk produk vitamin bernama ‘Mindtropics, target untuk audience ibu bekerjaya, kerja government yang ada anak masih sekolah rendah.”
3. Bagi ChatGPT “Watak” (Role)
ChatGPT tak tahu konteks sebenar kalau tak diberi “kaca mata” atau POV untuk lihat. Bila kita bagi watak, ChatGPT akan lebih faham bagaimana kontext jawapan perlu diberi dari POV role tersebut.
Contoh:
“Sebagai Copywriter Shopee Malaysia, semak ayat ni dan bagi versi yang lebih catchy untuk audiens perempuan umur 25–35.”
➡️ Bila diberi role sebagai “Copywriter Shopee Malaysia“, ChatGPT faham yang gaya tulisan perlu ikut tone sebagai copywriter tempatan yang betul-betul faham platform Shopee, bukan gaya global generik untuk semua platform.
4. Minta Sebab / Justifikasi (Demand Reasoning)
Jangan sekadar minta hasil dan jawapan dari ChatGPT, minta juga justifikasi kenapa jawapan tersebut diberi.
Bila ChatGPT explain reasoning, anda boleh belajar cara refine prompt seterusnya. Anda juga boleh faham keseluruhan kontext kenapa dan apa proses yang menyebabkan ChatGPT come-up dengan jawapan tersebut.
Proses menggunakan ChatGPT sepatutnya jadi 1 proses pembelajaran. Bukan proses tanya dan dapat jawapan sahaja.
Contoh:
“Analisis kenapa ayat ni berkesan dari sudut psikologi pelanggan. Justify dan cross relation dengan pertanyaan yang dibuat sebelum ini, kenapa jawapan ini diberi at the first place”
“Beri 3 sebab kenapa versi A lebih kuat daripada versi B dan justify faktor kenapa versi tersebut dapat bantu solve prompt soalan awal tadi”
5. Request Variations (Jangan Settle Satu)
Selepas ChatGPT bagi satu hasil jawapan, sebaiknya jangan copy dan guna. Berkemungkinan jawapan yang ChatGPT beri tersebut bukanlah jawapan terbaik untuk anda. Minta beberapa versi dengan gaya berbeza, supaya anda boleh buat pilih yang lebih tepat.
Contoh:
“Dari jawapan tadi, Beri 5 versi lain sebagai alternative headline — 2 emotional, 2 practical, 1 kontroversi.”
➡️ Hasilnya: Anda dapat beberapa variasi untuk A/B testing atau gabung idea terbaik dari variation yang telah diberi tersebut.
6. Tambah Constraint / Limitation (Kawal Output Jawapan)
Constraint membantu ChatGPT kekal dalam range yang kita nak. Buat limitation kepada ChatGPT untuk jawapan apa kita mahu sahaja. Dengan cara ini, anda boleh kawal lebih detail dari segi panjang jawapan, gaya bahasa, atau masa untuk membaca jawapan tersebut.
Contoh:
“Guna ayat bawah 50 perkataan.”
“Pastikan boleh dibaca dalam 10 saat.”
“Tulis dalam Bahasa Melayu tapi selit 10% English.”
“Jangan guna emoji.”
7. Suruh ChatGPT “Tunjuk Proses”
Anda juga boleh minta ChatGPT terangkan macam mana dia hasilkan jawapan yang diberi tu, jadi anda boleh faham logik di sebalik hasilnya.
Contoh:
“Tunjuk reasoning step-by-step.”
“Explain macam mana nak improve prompt ni.”
“Senaraikan alternatif kalau saya nak versi lebih pendek.”
Notes : Jika anda nak belajar secara detail dan lebih advance, boleh dapatkan Module ChatGPT Mastery berikut. Ini adalah advance module terkini untuk anda belajar all-in , semuanya tentang ChatGPT dan semua fungsi yang ada.
Klik → Module ChatGPT Mastery (September 2025)
