Jom saya bantu anda belajar AI  ↓

Google NotebookLM, AI Platform Terbaik sebagai “Research Assistant” dan “Thinking Partner” Anda

Bayangkan anda tengah buat kajian , ada berpuluh sumber dari PDF, artikel web, video YouTube dan audio rakaman kelas. Semua penting, tapi nak baca satu-satu memang ambil masa dan susah nak nampak “big picture”.

Sekarang bayangkan kalau semua bahan itu boleh disatukan dalam satu tempat, dan anda hanya perlu tanya:

Terus keluar jawapan lengkap dengan sumber asal yang boleh anda klik dan semak sendiri. Semua dari sumber yang anda upload saja tanpa AI cari source luar.

Itulah yang boleh dibuat menggunakan NotebookLM , platform AI dari Google yang mula popular di kalangan pelajar, pensyarah dan peniaga digital.


Dalam artikel ni, kita akan kupas kenapa NotebookLM ni sesuai sangat dijadikan “thinking partner” dan “research assistant” yang boleh bantu anda fahami sesuai topik atau kerja dengan lebih detail.

Kita hidup dalam zaman maklumat berlebihan , setiap kali nak belajar atau buat research, bahan terlalu banyak. AI tools macam ChatGPT atau Gemini boleh bantu, tapi satu isu besar ialah maklumatnya tak semestinya datang dari sumber kita sendiri.

NotebookLM datang dengan konsep lain:

Ia bukan sekadar chatbot, tapi satu “thinking space” digital yang boleh bantu anda faham nota, fail, dan sumber yang anda pilih sendiri. Ini menjadikan hasilnya lebih tepat dan relevan , tak perlu risau tentang masalah AI hallucination atau fakta salah.

Apa Itu NotebookLM?

NotebookLM ialah aplikasi AI yang dibangunkan oleh Google Labs, direka khas untuk bantu pengguna manage dan memahami bahan kajian mereka. Ia menggunakan model Gemini AI , tapi dengan kelebihan utama, ia grounded kepada fail dan nota yang anda masukkan sahaja tanpa cari source dari luar untuk hasilkan summary atau jawap soalan anda.

Beberapa perkara menarik tentang NotebookLM:

  • Boleh muat naik pelbagai jenis bahan: PDF, Google Docs, Slides, web link, audio & video (dengan transcript)
  • Setiap kali anda tanya, ia jawab berdasarkan bahan anda sendiri, bukan internet rawak
  • Hasil jawapan ada citation (petikan sumber) yang boleh diklik untuk semak fakta
  • Ada fungsi Audio Overview & Video Overview, iaitu ringkasan automatik dalam bentuk audio atau video mini
  • Versi percuma boleh muat naik sehingga 50 sumber, manakala versi Pro boleh cecah 300 sumber per notebook


Cara Guna NotebookLM (Langkah Mudah untuk Beginner)

  • Buka notebooklm.google dan log masuk guna akaun Google.
  • Klik “Create Notebook” → pilih tajuk & topik yang anda nak kaji.
  • Upload bahan – PDF, Google Docs, atau link YouTube.
  • Bila dah siap, terus tanya apa sahaja dalam ruangan chat. Contoh: “Boleh ringkaskan 5 idea utama dalam semua dokumen ni?”
  • NotebookLM akan bagi jawapan lengkap dengan sumber rujukan yang dikutip daripada bahan anda sendiri.
  • Anda boleh tukar hasil jadi ringkasan, study guide, audio briefing, atau video overview. seperti contoh berikut :

Contoh Penggunaan (Real-World Scenario)

SituasiCara NotebookLM Bantu
🧑‍🎓 Pelajar universitiKumpul semua nota kuliah & jurnal dalam satu notebook, tanya: “Apa rumusan penting untuk topik ni keluar exam?”
👩‍🏫 Pensyarah / guruUpload bahan bacaan pelajar, hasilkan study guide automatik atau kuiz berdasarkan isi penting.
💼 Peniaga / freelancerKumpul laporan pasaran, artikel pesaing & data jualan, kemudian tanya: “Apa trend utama & peluang pasaran untuk niche aku?”
🧠 Content creator / penulisGunakan NotebookLM untuk brainstorming — upload rujukan, minta AI cadangkan angle cerita atau skrip berdasarkan bahan anda

Jika anda masih belum pernah gunakan NotebookLM, anda boleh ke link berikut dan cuba sendiri secara Percuma :
https://notebooklm.google.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *